NKRA LINUS2.0.

LINUS ialah akronim atau singkatan bagi "Literacy and Numeracy Screening”. LINUS2.0 merupakan program yang dirangka untuk membolehkan asas literasi (Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris) dan kemahiran numerasi (Matematik) semasa di sekolah rendah. LINUS disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam 3M (Membaca, Menulis, dan Mengira). Pelaksanaan Literasi Bahasa Melayu dan Numerasi serta Pelaksanaan Literasi Bahasa Inggeris mulai Tahun 2013. Kejayaan pelaksanaan program tersebut, maka inisiatif ini diteruskan di bawah NKRA Pendidikan-Program GTP2.0, tetapi mulai tahun 2013 diperluaskan skopnya dengan memasukkan Bahasa Inggeris dalam komponen Literasi, manakala komponen numerasi kekal seperti sedia ada. Murid akan dikategorikan kepada Menguasai dan Tidak Menguasai. Mereka tidak lagi dikategorikan sebagai murid Arus Perdana, LINUS dan LINUS Tegar. Murid Menguasai ditakrifkan sebagai murid yang melepasi konstruk 12 pada setiap saringan yang dijalankan bagi Literasi Bahasa Melayu, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi.

Isnin, 19 Disember 2016

PROGRAM LINUS2.0 : AGIHAN MODUL LITERASI BAHASA MELAYU DAERAH KUALA KANGSAR

Guru Besar
SK/SJKC/SJKT
Daerah Kuala Kangsar

Tuan,

Sila muat turun siaran di bawah untuk maklumat dan tindakan pihak tuan

Rabu, 14 Disember 2016

SARINGAN LINUS2.0 TAHUN 2017





Khamis, 8 Disember 2016

MAKLUM BALAS MESYUARAT

Pengerusi Kelompok
Daerah Kuala Kangsar

Tuan,

MAKLUM BALAS MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS2.0 BIL 4 2016

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.            Sukacita dimaklumkan bahawa Unit LINUS Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar telah memuat naik borang maklum balas mesyuarat untuk tindakan pihak tuan.

3.             Sehubungan dengan itu, pihak tuan diminta untuk melengkapkan maklum balas tersebut sebelum atau pada 30 Disember 2016.

Sekian, terima kasih


MAKLUM BALAS MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS2.0 BIL 4 2016