Khamis, 1 Februari 2018

PENANGGUHAN MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS2.0 BIL1/2018 DAERAH KUALA KANGSAR

SEPERTI EDARAN
Pengerusi/Wakil Kelompok,
Yang Di Pertua dan Setiausaha Majlis Guru Besar,
Daerah Kuala Kangsar

Tuan/Puan,

PENANGGUHAN MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS2.0 BIL 1/2018 DAERAH KUALA KANGSAR

Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2.         Sukacita dimaklumkan, merujuk surat PPD.KK 05/01/10 Jld.11 (69) bertarikh 24 Januari 2018 bersamaan 7 Jamadilawal 1439H berkenaan Mesyuarat Jawatankuasa LINUS2.0 bil. 1/2018 Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar yang dijadualkan berlangsung pada 8 Februari 2018, telah diubah ke tarikh dan ketentuan berikut:

2.1       Tarikh              : 20 Februari 2018 (Selasa)
2.2       Masa                : 08.30 pagi – 11.00 pagi
2.3       Tempat             : Dewan Taming Sari, PPD Kuala Kangsar
2.4        Pengerusi       : Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar

3.         Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:

3.1       Perutusan Pengerusi
3.2       Membentang dan mengesahkan  minit mesyuarat bil. 3/2017
3.3       Perkara-perkara berbangkit
3.4       Pembentangan Laporan LINUS2.0
3.5       Hal-hal lain
3.6       Penutup

4.         Sehubungan dengan itu, tuan dijemput hadir ke mesyuarat tersebut. Kerjasama tuan/puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini sila ajukan kepada En. Zulkifley Bin Othman, Pegawai FasiLINUS di talian 05-7761184 / 018-8704341