PENANGGUHAN MESYUARAT JAWATANKUASA LINUS2.0 BIL3/2017 DAERAH KUALA KANGSAR
Dengan segala hormatnya saya merujuk perkara di atas
2. Sukacita dimaklumkan, merujuk surat PPD.KK 05/01/10 Jld.11 (64) bertarikh 30 November 2017 bersamaan 11 Rabiul Awal 1439H berkenaan Mesyuarat Jawatankuasa LINUS2.0 bil. 3/2017 Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Kangsar yang dijadualkan berlansung pada 7 Disember 2017, telah diubah ke tarikh dan ketentuan berikut:
2.1 Tarikh : 8 Disember 2017 (JUMAAT)
2.2 Masa : 3:00 5:00 petang
2.3 Tempat : Dewan Taming Sari, PPD Kuala Kangsar
2.4 Pengerusi : Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
2.2 Masa : 3:00 5:00 petang
2.3 Tempat : Dewan Taming Sari, PPD Kuala Kangsar
2.4 Pengerusi : Tuan Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Kangsar
3. Agenda Mesyuarat adalah seperti berikut:
3.1 Perutusan Pengerusi
3.2 Membentang dan mengesahkan minit mesyuarat bil. 2/2017
3.3 Perkara berbangkit
3.4 Pembentangan Laporan LINUS2.0
3.5 Hal-hal lain
3.6 Penutup
4. Sehubungan dengan itu tuan dijemput hadir ke mesyuarat yang dinyatakan. Kerjasama tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini bolehlah diajukan kepada En. Samsol bin Awang, Pegawai FasiLINUS di talian 05-7761184 / 017-5177190.
Sekian, terima kasih.